Ramai blogger yang kerja dari rumah. Saya sendiri jana income secara kerja dari rumah. Salah satu platform untuk buat kerja dari rumah ialah menerusi iLancee. Buat kerja dari rumah dengan iLancee memberikan anda kelebihan untuk menawarkan khidmat dan servis yang boleh anda lakukan hanya dari rumah secara mudah.
Apa yang perlu anda buat ialah dapatkan sebuah akaun percuma menerusi iLancee. Anda daftar percuma kemudian anda masukkan jenis servis atau kerja yang anda tawarkan. Sesiapa yang melihat tawaran anda menerusi iLancee kemudiannya akan hubungi anda untuk urusan tempahan. Itu sahaja.
Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
Servis iLancee terbuka untuk semua, dan anda boleh iklankan servis anda tanpa ada sebarang kos dikenakan. Ya, daftar percuma kerja dari rumah dengan iLancee, dan iklankan servis anda secara percuma dengan iLancee.
Anda boleh tawarkan servis seperti menjahit baju, membuat banner iklan, membuat kad nama, menyediakan ayat-ayat iklan, promosi produk di FB dan macam-macam lagi. Yang penting, anda tawarkan servis yang anda mampu laksanakan dengan mudah, dengan cepat.
iLancee memberikan kemudahan terbaik untuk kerja dari rumah secara percuma kepada semua.
Tak kiralah anda seorang blogger, seorang usahawan kecil-kecilan, seorang pelajar, seorang guru .. selagi anda ada sesuatu yang boleh anda tawarkan sebagai servis, maka boleh gunakan iLancee untuk promosi dan mendapat tawaran kerja.
Tawaran Kerja Menerusi iLancee
Bagaimana nak dapatkan kerja menerusi iLancee?
Dalam iLancee, selain daripada menawarkan servis ... anda juga boleh mencari servis yang ditawarkan. Jadinya, ia platform dua hala - anda boleh tawarkan servis, dan boleh tawarkan kerja. Faham tak ni?
Konsepnya sama macam laman web terkenal -
Fiverr.
ILancee adalah tempat setempat di mana anda boleh tawarkan kerja, dan mencari servis dengan harga berpatutan untuk sesuatu kerja yang ingin dibuat.
Nak tahu lebih lanjut lagi, maka boleh terus login ke
iLancee.com. Platform kerja dari rumah ini percuma sahaja. :)