Best kalau bila kita search something kat google ke .. kat yahoo ke .. kat bing ke ... tengok2 blog kita yang kuar dulu dalam search engine tu. Best kan? Uhh ... cuba la korang try carian 'Rujukan Blogger' .. tengok apa yang keluar.
Korang tau tak bahawa ada cara nak jadikan blog kita keluar pertama sekali dalam search engine ... terutama bila benda yang dicari itu ada kaitan dengan entri bloog kita. Teknik ini dinamakan Search Engines Optimization (SEO). Ramai gak blogger yang buat tip tentang SEO ni. Dan saya difahamkan ada sesetengah teknik ni dah tak berapa berkesan.
Teknik SEO Pertama Perlu Dibuat Untuk Blog
Saya memang gunakan teknik SEO untuk semua blog saya? Mengapa? Sebab saya mahu apa yang saya tulis sampai kepada pembaca yang betul.
Nak guna teknik SEO dalam blog kena rajin. Setiap kali saya tukar
layout, setiap kali saya tukar
design blog saya; setiap kali itulah saya kena
edit dan tulis balik
coding untuk tujuan SEO bagi blog ni. Memang agak leceh tapi gitulah .. nak jadikan blog ini dicapai mudah oleh orang lain, maka kena la berusaha untuk terapkan teknik SEO ni.
Teknik apa yang saya gunakan? Hmm, nak saya bercerita, saya tak pandai. Tapi saya ikut panduan dari blog ini -
KLIK SINI. Ia mudah. Senang saya ikut. So sesapa nak try ... boleh cuba ikut panduan yang diberikan tu. Tak semestinya anda ikut semua panduan tu .. saya pun gunakan sebahagiannya sebab saya fikir ada yang tak berapa saya berkenan. :)
Ok .. selamat mencuba.