Pakar SEO Malaysia, ramai yang mahu tahu siapakah pakar SEO terbaik di Malaysia tatkala ini. SEO atau Search Engine Optimization merupakan satu ilmu teknik membuat dan menulis blog yang membolehkan entri blog berada di kedudukan terbaik enjin carian. Pentingkah SEO ini?
Dari segi nilai, entri yang berada pada top enjin carian merupakan entri yang bernilai tinggi kerana ia bukan sahaja akan memberikan trafik yang mantap tetapi juga membolehkan sesuatu blog mempunyai kekuatan dari segi pemasaran online. Pengiklan sangat suka jika review, cerita, kisah, dan promosi mengenai produk dan jenama mereka berada di top enjin carian. Jadi, blog-blog yang dikategorikan mesra SEO dan pemiliknya pula adalah seorang penulis blog yang pakar SEO maka ia sering menjadi pilihan pengiklan.
Pakar SEO Malaysia
Memang sukar mahu bersaing secara online terutama apabila mahu memastikan entri blog berada di kedudukan top 5 enjin carian khusus untuk kata kunci tertentu. Jika penulisan entri cukup mantap, in Sha Allah akan kekal berada lama di dalam kelompok teratas enjin carian.
Hasil Apabila Menjadi 'Pakar SEO'
Cuba lihat contoh di bawah ini. Ia merupakan hasil daripada teknik SEO. Apabila orang taip
'Seminar Hartanah Berbaloi' atau '
Seminar Hartanah Murah', mereka akan dapati entri yang ditulis oleh saya menerusi blog hasrulhassan.com berada paling atas. Pengiklan tentu suka .. apatah lagi bila nama blognya juga turut terselit.
Ok. Apa yang saya paparkan di atas hanyalah satu contoh sahaja. Bukan nak membuktikan bahawa saya ini adalah
seorang pakar SEO di Malaysia. Cuma nak tunjukkan bahawa SEO itu penting untuk seorang penulis blog seperti saya.
Teknik SEO Bantu Pemasaran Secara Online di Internet
Menerusi teknik SEO ini, saya boleh mempromosikan banyak produk secara online. Samada produk saya, mahupun produk orang lain. Ia bukan hanya membantu diri dan blog saya untuk penjenamaan, malah membantu usahawan, pengiklan dan syarikat yang mahu wujudkan
awareness berkaitan produk dan bisnes mereka.
Post
Seminar Percuma Hidup Luar Biasa yang telah saya tulis sekitar tahun 2014 pernah mendapat top rank di enjin carian. Post itu adalah berkaitan seminar yang saya telah pergi, yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman. Post itu boleh dianggap mempunyai impaknya sendiri sehingga membolehkan blog saya menerima trafik yang sangat tinggi, sehingga saya telah dihubungi dengan bahagian pemasaran Dr. Azizan Osman.
Anda nampak kesan positifnya di sini?
Bukan saya meminta untuk anda menjadi pakar SEO, tetapi penting untuk anda ketahui dan pelajari teknik ini supaya blog boleh berikan impak baik .. bukan sahaja untuk blog anda, tetapi juga pengunjung. Mereka mahu apa yang mereka cari, maka menerusi teknik ini .. anda memberikan apa yang mereka mahukan dan dapatkan jawapan atas segala persoalan.
Dan teknik ini membolehkan blog anda dijenamakan dengan sebaiknya ... lihat contoh di bawah ini.
Cara Salur Ilmu Berkesan
Ia merupakan cara untuk anda menyalurkan ilmu kepada orang ramai, bukan setakat Malaysia tetapi seluruh dunia, hanya menerusi blog dan internet.
Tatkala ini, memang ramai blogger yang sudah menjadi pakar SEO. Mudah sahaja untuk kenali mereka. Apabila anda mencari jawapan menerusi enjin carian, dan blog mereka sahaja yang muncul .. maka bolehlah dianggap bahawa mereka ini sebagai antara pakar SEO di Malaysia.
Semoga anda juga menjadi seorang pakar dan berpengetahuan tinggi berkaitan teknik SEO ini, satu hari nanti .. in Sha Allah.
Terima kasih kepada mereka yang anggap saya sebagai
pakar seo Malaysia. Alhamdulillah, ini adalah ilmu yang telah saya praktikkan. Ilmu tanpa praktik, akan mati tanpa hasil.